my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Buka puasa paling best.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Alhamdulillah, pb dah selamat sampai dan berjumpa dengan keluarga, walaupun tidak semua. Jejak je kaki ke BBB, di ambil oleh adik ipar, kami terus ke restoran Soho. Order sate, char kue teow, nak minum laichikang takde pulak. Lama betul tak pekena laicikang.

Sampai rumah dah hampir 11 malam. Lepak2 kat dapur sambil cerita hal masing2, kami dah tak larat nak menyambung sembang. Mata pun dah berat, esok je la.....

Esoknya, ronda ke Alamanda.......naik lenguh lutut cari kasut dan baju anak. Nasib baik emak pb ok, dia sekejap je dah jumpa beg tangan kesukaan dia. Orang punyalah ramai, naik lemas dibuatnya.

Pb malas nak cerita hal2 shopping panjang2. Nak share kegembiraan berbuka dengan kakak, emak dan anak2 saudara. Walaupun kakak masak simple, tapi sungguh menyelerakan. Tengok la ni.......

Buah pulasan yang ranum dan manis, lama tak makan.......bila dapat, puas rasanya......3 kilo RM10, murah.

ni mak yang belikan, dia tengok anak dia macam kebulur dengan buah2an.....hehe.....semua nak!

Serawa durian dengan pulut, kek pisang (beli punya), lepas ni nak makan durian yang fresh kat kampung, harap-harap masih ada.

 Sayur kobis organic masak air, ikan cencaru masak sambal........simple tapi lawanan yang sedap....

Nak tambah sikit rasa kesal kerana tak dapat bertemu dengan 'seseorang' yang beriya-iya katanya nak jumpa pb tapi 'hampeh'. Pb ni jenis yang tak suka menghampakan orang, sanggup bersusah payah kerana kawan tapi........mungkin pb sorang terlalu mengharap, tapi 'dia' tidak.

Kalau la dari awal 'dia' kata, 'tak boleh janji nak jumpa' pasti pb tak mengharap sangat. Tapi, mungkin dia lupa bila kata, dia sanggup datang mencari pb kerana rindu. Iyelah, lain dimulut, lain dihati, lain ditaip, lain ditafsirkan.



Berangkat pulang! Selamat HARI RAYA SEMUA TEMAN yg dikasihi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Penerbangan ke KLIA jam 7.30 pm, berbuka di airport.....moga semuanya selamat hingga kedestinasi.

Saat itu, pb dalam perjalanan pulang ke kampong (kampong ke?) Tahun ni turn pb beraya di Selangor......hehe....seronok sangat. Bukan la raya kat rumah mertua tak seronok tapi tak sama dengan keluarga sendiri. Begitu juga hubby rasa ketika ini. Namun bagi pihak orang lelaki, dia orang tak kisah sangat. Pb rasa la........

Bestnya balik awal, ada masa dua hari boleh shopping apa yang patut. Cari kasut anak, tudung, t-shirt raya dan bla...bla...bla.....nak mengeringkan poket la tu. Balik Sabah, gigit jari. Dia tengok pb, pb tengok dia.......

Rancang nak ke Alamanda, dah rindu sangat dengan Putrajaya. Tempat kami melepak dulu tu........asal boring je, pergi sana.....window shopping. Ada juga temu janji dengant teman lama. Harap-harap tiada halangan.

Dikesempatan ini, pb mohon maaf sekiranya ada perkataan pb yang menyinggung hati teman2 semua. Dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.......
Lupakan kesilapan dulu, kita bina hidup baru, buku baru.....
Salam AIDIL FITRI dari ku untuk mu....

CUCUR BADAK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Kenal ke dengan kuih ni? Hilang akal la kalau tak kenal, kan? Budak2 muda mungkin tak berapa mengenalinya tapi orang-orang lama..........kuih ni la ramai peminatnya.

Pb cuba cari kat pakcik google tapi tak dapat info tentang asal usul kuih ni dinamakan cucur badak. Mungkin orang dulu-dulu ada sebab bagaimana dapat nama kuih ni jadi begitu.

Ni cara pb buat kuih ni tanpa ikut resipi orang lain. Takde sukatan, main agak2 je.......

1 kilo keledek putih (ada berbagai jenis keledek, kena pilih yang elok supaya tak susah nak buang sabutnya)
Tepung gandum (tak sukat berapa cawan sebab pb agak2 boleh kepal dah ok)
Tepung beras dlm 1 cawan

Inti :-
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih je)
Bawang merah/besar (tumbuk/kisar)
Ikan bilis (sedikit)
Udang kering (sedikit)
Cili kering yang dikisar (letak la ikut suka, nak pedas ke tak)
1 batang serai (kisar)
Gula
Garam


Cara membuatnya:

Mesinkan bawang, cili, ikan bilis, serai, udang kering hingga halus.
Masukkan dalam kuali dan tuangkan kelapa parut. Gaul rata.
Gunakan api kecil untuk memasak inti cucur badak (kalau api besar, kelapa mudah hangus, tak sedap pulak)
Tambah gula dan garam.
Bila hampir kering, boleh di angkat. (pb tak suka kering sangat)

Rebus keledek dan lecek. Buang sabut jika banyak.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Ini pb tak ikut sukatan.
Agak2 boleh dikepal dah ok la tu. Bagaimana pun tepung gandum kalau banyak nanti cucur badak liat.
Ambil segenggam, leperkan dan letak inti sesudu atau lebih.
Rapatkan adunan dan bentuk bulat.
Goreng dalam minyak panas dan sentiasa dibalik-balikkan ketika menggorengnya.


Keledek untuk cucur badak ni pb dapat dari jiran sebelah. Ingat nak bagi kuih ni kat dia tapi dia selalu takde kat rumah. Terima kasih banyak-banyak walaupun kita kurang mesra, hulur menghulur begini mengeratkan silaturrahim sesama kita.

TAT SINGAPURA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dari semalam dan semalamnya tak sempat duduk depan komputer lama2. Update blog pun sambil2 je ni.......sekarang pukul 5.15 pagi.....lepas ni nak gosok baju pula.

Ok, ini tat singapura yang pb buat semalam. Dari buku Tat & Brownies oleh Salhah Bujang.



nanti pb sambong, ada hal kejap.......




dah settle keje, sambong resipi Tart Singapura.....
400 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
100 gm tepung jagung
2 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Inti nanas secukupnya

Cara membuatnya:

Pukul mentega, gula, esen vanila dan telur sampai sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli lembut hingga menjadi doh. Rehatkan doh sekejap.
Canai dan terapkan doh, letakkan inti nanas di tengah doh yang diterap dan letakkan lagi doh yang diterap di atas inti nanas tadi. Susun dalam loyang.
Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180C.
Sejukkan tat dan hias dengan coklat putih cair. (pb letak kaler merah)

Inilah satu2nya biskut yang ada kat rumah pb. Akan datang mungkin buat lepas raya, tu pun kalau rajin.


Selamat pulang kekampong halaman masing2 pada semua teman yang singgah ke blog ini. Semoga perjalanan kalian di lindungi olehNYA.

Pb bertolak pulang Sabtu malam, kena berbuka di airport nampaknya. Entah dapat update blog ke tidak, laptop taknak bawa. Tumpang sesape yang ada komputer je.....itupun kalau sempat...

RM13,015.76??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Tadi pergi blog sorang gadis, dia update tentang nilai blognya dan pb pun teringin jugak tengok berapa harga blog pb yang buruks ni....
Ish, betul ke tu? RM13,015.76....kalau la pb dapat beribu riban macam tu, 'acik kayoooo'

Ni duit nuffnang pun seciput je.....hemm...ntah bila nak pegang agaknya. Tapi pb tak kisah sangat sebenarnya pasal duit-duit ni. Rezeki masing-masing kalau dah ditetapkan olehNya.

Apa yang ada ni pun dah lebih memadai.

Nak tengok nilai blog korang? SINI

Ikan Kembong Belah Belakang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semua orang update blog dengan kuih raya, pb je yang takde kuih raya.......huhu.....nak buat ke tak ni? Tapi, jeles pulak tengok blog orang ada kuih raya yang comel-comel. Akan buat juga nanti.

Kali ni pb nak update masakan ikan je.......Ikan Kembong Belah Belakang.....hehe....bukan kain je ada yang belah belakang, ikan pun ada....
Asalnya resipi ni ikan cencaru belah belakang. Tapi, pb fikir sedap juga kalau ikan kembong. Senang pun senang nak belah.

IKAN KEMBONG BELAH BELAKANG
sumber dari buku RASA

Bahan:-
2 ekor ikan kembong (bersihkan dan belah belakangnya)
1/2 biji kelapa parut
5 biji cili padi - ditumbuk
2 biji cili merah - ditumbuk
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
1 batang serai - ditumbuk
1 biji limau nipis diperah airnya
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:-

Kelapa parut digaul bersama bahan yang ditumbuk.
Masukkan air limau nipis, garam dan gula. Ketepikan.
Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
Isikan bahan yang digaulkan tadi kedalam belakang ikan.
Biarkan ikan yang telah disumbat selama 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan yang telah disumbat tadi sehingga garing.

sesuai untuk sahor lauk macam ni.....garing la sangat.....

Masa goreng ikan ni, sambil layan internet. Hubby sound, apa bau hangus ni? hehe....bini syok berfacebook, tu yang lupa ikan goreng dalam kuali....


Rojak Tauhu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari tu pb blog walking kat blog yang rajin masak memasak. Ternampak rojak tauhu kat  Hana Memories .
Sumber kuah rojak dari Azlina Terminal Hijrah. Pb ubah sikit cara membuatnya dan tak buat banyak pun.

Sebenarnya rojak tauhu ni adalah kesukaan emak pb. Masa kita orang remaja dulu2, emak selalu buat dan memang laku. Sekejap je licin. Cuma emak buat tak pedas, iyelah masa tu anak-anak dia masih sekolah rendah.

ROJAK TAUHU

2 keping tauhu (kat sini tauhunya tebal, boleh potong 2 dah dapat 4 keping)
Semangkuk kecil kacang tanah di goreng tanpa minyak
(lepas tu duduk la depan tv sambil buang kulit kacang tu ye.....)
1 sudu kecil asam jawa (asam jawa segera campur sedikit air masak)
Gula pasir secukupnya (agak2 sendiri)
Gula kabong/melaka (ambil setengah dari sebuku dan masak dgn sedikit air)
4-5 sudu kicap manis
5 batang cili padi
1 biji cili merah
1 sudu sos tomato (emak pb tak letak ni tapi pb saje nak cuba macam Azlina)
2 biji bawang putih (biasa emak letak tapi pb tak letak) takde pun takpe kot....
Sedikit belacan (pb masak apa2 pun tak suka banyak belacan)
Taugeh RM1
Buah nenas
Timun

Cara membuatnya:

Tauhu di goreng dahulu.
Tumbuk kacang tanah atau mesin tapi jangan terlalu halus.
Blend cili padi, cili hidup, belacan bersama air gula melaka dan asam jawa.
Tuang kedalam mangkok.
Masukkan kicap, sos tomato, gula pasir dan kacang tanah.
Kacau hingga sebati.
Celur taugeh (jangan celur lama, tak sedap)
Potong2kan nenas dan timun.
Dah potong semua, boleh la curahkan kuah kacang tadi ketika hendak dimakan.
* asam jawa dan sos tu lebih kurang je fungsinya, tapi pb rasa sedap juga letak dua-dua sekali

Senang kan? tak perlu masak, main gaul-gaul je........


Sahor pun pb makan ni jugak, lepas tu sakit perut......hehe....nenas dan cili padi, gabungan yang ummph!!







nota pb: emak tu masak apa pun sedap, pb tak sabar nak makan masakan mak.....

Kek Syifon Mangga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Untuk memikat hati anak dibulan puasa ni (harap-harap dapat pahala berganda...hehe..) macam-macam pb fikir nak masak apa setiap kali berbuka. Sudahnya anak makan sikit, ibu dan ayah yang habiskan.

Tak boleh membebel lama2 ni, banyak kerja tak selesai. Lebih2 lagi nak dekat balik Semenanjung. Resipi kek syifon mangga ni asalnya menggunakan oren. Disebabkan jus oren takde, yang ada cuma mangga, pb tukarkan pada kek syifon mangga.

KEK SYIFON MANGGA
sumber buku Variasi Cupcakes
Nor Aini Adnan

Bahan A:
150 gm gula perang
140 gm tepung serba guna
120 ml jus oren (pb tukar jus mangga)
70 ml minyak masak
4 biji kuning telor
1 1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan B:
170 ml putih telor
20 gm gula kastor

Cara membuat:

  • 1-4 : Campur tepung, serbuk penaik, kuning telur, jus mangga, gula perang, esen vanila dan minyak.
  • Gaul rata hingga sebati, ketepikan.
  • 5. Putar bahan B hingga kembang.
  • 6. Masukkan ke dalam adunan bahan A tadi.
  • 7. Kacau hingga adunan sekata.
  • 8. Tuang ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 C selama 15-20 minit atau sehingga    kekuningan.
 sebelum topping.....

Memula letak topping tak jadi, melepek je rupanya. Whipping cream tak kental lagi, lepas putar lagi hingga pekat, barulah menjadi. Pb guna whipping cream je. Lebih baik guna krim mentega.


Lepas habis buat ni semua, tonggang langgang rumah pb. Iyelah, kejar2 nak masak untuk berbuka lagi. Rasanya lepas ni takde nak buat cupcake dah. Nak buat biskut raya pulak. Kalau tak sempat jugak, nampak gayanya makan biskut dalam tin je......hehe....tergamak ke? oh tidak!!

Roti Sardin dan Jus Nanas Sidewalk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Roti Gardenia area Semenanjung lembut dan gebu kan? Jangan harap nak dapat kat Sabah macam tu. Agak keras dan kejong aka menyakitkan hati. Pb jarang beli, kalau beli pun kerana roti lain dah kehabisan stok. Bulan puasa ni tekak tak berapa lalu dengan roti-roti. Ada pun makan sekeping dua, selebihnya selalu terbuang.

Hari tu hubby beli roti gardenia dan takut terbuang tak dimakan, sebelum expired tu pb buat roti sardin. Sekurang2nya menambah selera sikit.

ROTI SARDIN

6 keping roti
2 ekor ikan sardin dalam tin
Sebiji bawang besar potong dadu
Sesudu cili kering kisar (nak pedas letak lebih)
1 atau 2 biji telor
Gula dan garam
Minyak untuk menggoreng

Roti keping seeloknya di kukus dulu supaya senang di lipat. Kalau dah lembut tak perlu kukus. Gunakan air untuk menggamkan roti.
Tumis cili, bawang dan masukkan ikan. Hancur-hancurkan ikan.
Masukkan gula dan garam.
Tumis hingga agak kering sedikit.
Sudukan kedalam roti dan gulung.
Kepitkan atau rapatkan hujung roti dengan air.
Celup kedalam telor yang telah dibancuh dan goreng dalam miinyak yang panas.
Setelah kekuningan boleh di angkat.


Kalau roti kurang kualiti, macam ni la jadinya, menggerutu je......

JUS NANAS SIDEWALK
sumber dari buku RASA 

300 gm nenas
2 sudu besar air gula
130 ml air
Beberapa ketulan ais

Masukkan nenas dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Tuankan air gula dan kacau rata.
Masukkan air dan ketulan ais.
Selesai, sedap diminum tapi kalau sakit perut jangan cari pb.....hehe...



Jarang buat air nenas sebab kalau orang tak tahan, lepas minum je terus ke 'bilik termenong'.....

Kebaikan Nanas, sedikit info dari kerajinan pn menggoogle :-

Buah nanas kaya dengan kandungan kalsium, fosforus, potassium dan beta karotin.  Ia juga membantu proses penghadaman dan bertindak menentang bakteria yang menyebabkan perut anda meragam.  Jus nanas juga merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan pada bahagian bibir dan kulit muka.

Ada juga di SINI


Sambal Tumis Telor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Buka apa tadi? Laksa? Nasi ayam? Lontong? dan macam2 dalam kepala nak itu, nak ini.......pb masak simple je, nasi lemak. Kenapa? tak kena eh berbuka dengan nasi lemak? peduli apa kan.......dah selera ni teringin nasi lemak. Lauknya sambal tumis telor, ikan kembong belah belakang, timun dan ikan bilis serta kacang goreng.

Sambal telor ni buat pb teringat kat emak di semenanjung. Dia masak lagi simple tapi sedap sangat.

SAMBAL TUMIS TELOR

3 biji telor ayam di rebus
5 sudu cili kering kisar (kalau cili kerinting agak pedas, pb campurkan yang besar dan kerinting)
10 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
air asam jawa (agak2 la banyak mana)
sedikit garam dan gula
tomato buah

Cara membuatnya :-

Goreng dahulu telor rebus dengan sedikit minyak.( Kena hati2 masa ni, meletop2 tu, kang cacat pulak ada tanda2 kat tangan.)
Tumiskan cili, bawang merah dan belacan yang telah di kisar.
Biarkan hingga cili betul2 masak baru masukkan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan bawang besar yang dipotong kasar dan juga buah tomato yang dibelah-belah.
Kemudian masukkan telor rebus.
Boleh angkat dan hidang.

mesti telan air lior kalau tengok sambal kan?

sampai ke sahor tahan, lauk ni pun dah cukup buat kami 'lalu' makan, kalau tak mata ni kuyu je....

Tak sensitif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Malam tadi pb pergi cari baju melayu (dah beberapa hari tak ke masjid berterawih, ada saje hal nak diuruskan). Kami pergi di shopping komplek yang berdekatan. Malas nak cari jauh-jauh, nanti bajunya takde, lain pula yang dibeli.

Lepas dapat sehelai baju, warna merah pilihan anak, hubby ke bahgian belakang. Saje nak cari apa yang patut untuk berbuka esok. Pb dah malas nak jalan2 lagi, tak larat. Kat luar pula hujan lebat.

Lepas ambil jus buah jambu dan teh hijau kotak, pb takde apa nak cari. Teringin nak cuba teh hijau tapi malam tadi dah rasa, wangi sangat baunya. Sekali tu je beli.

Hubby ada bisik pada pb, butter yang 'tut' tu masih ada la bercampur dengan yang halal. Kenapa dia orang tak asingkan? Biasalah, nak habiskan stok agaknya. Atau pihak tu taknak ambil kisah. Baca paper pagi ni pun berita yang sama juga......Kosmo

Tempohari pb talipon kakak, bagitau dia manalah tau kot2 dia terlepas tengok berita. Kakak pb kata, dia tak marah kat syarikat yang mengeluarkan butter tu tapi dia tak puas hati kat pihak yang meluluskan. Pb nak kata apa ek? Kesilapan yang tak disengajakan?

Persoalan Tepong HongKong

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Tepong Hongkong > persoalan > salam...
boleh akak jelaskan apa itu tepung hong kong? apakah alternatif lain selain menggunakan tepung hong kong? tq..drp Mohd Khairi Baharom - Khairi - Pottery Station.
Terima kasih kerana sudi singgah blog picisan akak ni. Bukan la pandai sangat pun, cuma selalu menjelajah blog kawan-kawan yang lebih terror dari akak menjadikan kita lebih banyak dapat timba ilmu.

Apa yang pb tau, tepung hongkong biasa di gunakan untuk membuat pau, dim sum dan seumpamanya. Dikenali juga dengan Water Lily Flour. Pb search kat google, ada juga gunakan tepong ni untuk kek lapis. Bab kek lapis, kena tanya taukeh dia la ye.......ramai tokeh kek lapis kat blog list pb tu, cari je la.....

Dari pembacaan pb, katanya tepung ini mudah rosak, tak boleh simpan lama. Cara lain untuk menggantikannya (jika tiada tepung hongkong) adalah dengan menggunakan tepung pau yang didalam kotak (jenama Blue Key atau lain2) Setakat ni pb tak pernah lagi mencubanya.

Boleh tengok kat SINI......
Untuk menjawab pertanyaan tentang tepung yang boleh diganti dengan tepung hongkong, pb tak pasti pula. Tapi Mohd Khairi boleh cari dimana2 kedai bakery dan bertanyakan pada penjual.

nota pb: pasti ramai surirumah dah mula buat biskut raya, bila la aku nak buat.... 

Lemak Ketam Cili Padi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mengantok yang teramat sangat ni, update masakan 2 hari lepas. Idea banyak nak tulis tapi masa agak mencemburui pb. Tidur pun tak sempat nak letak kepala kat bantal (siang hari), tidur duduk kat kerusi urut je........jadilah dapat 15 minit gitu. Lebih2 tidur badan jadi lemah tak bermaya.

Terus ke resipi pb yang simple ni......Lemak Ketam Cili Padi.....resipi kesukaan si anak bujang pb. Menambah2 dia makan kalau lauk ketam. Kat Sabah ketam agak murah, sekilo dapat RM13, hubby beli dengan nelayan Pulau Gaya. Sebab kenal dia bagi murah. Puas la kita orang makan, ketamnya fresh dan gemok2.


Senang je masak macam ni, tumbuk/mesin cili padi, bawang merah, masukkan dalam santan. Ketuk satu batang serai, campak dalam tu. Ambik sekeping asam keping dan masukan bersama garam dan sedikit gula. Kunyit jangan lupa.
Santan pekat tu tak perlu tambah air yang banyak sebab ketam tu nanti berair. Masa siang ketam, jangan buang lemak2 dan telornya, tu yang buatkan kuah lemak jadi bertambah2 lemak. Siap la korang, tambah kolestrol dalam badan.
Masak pun tak perlu lamat sangat, ketam ni cepat masaknya.


Sebenarnya pb paling tak suka makan ketam. Sebab kena guna dua tangan. Isi pula seciput je, susah nak dapat, kena berusaha gigih.............tapi bila bulan puasa ni, berselera pula makan ketam. Kalau tak, setengah ekor dah cukup buat pb.


nota pb: bulan puasa ni banyak ikut kehendak anak, kesian.......dia tak pernah mengeluh puasa penuh sejak umur 6 tahun.

I like Salamfone atau kerana puji-pujian?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rasanya ramai yang dah tahu pasal Salamfone. Hari-hari keluar iklan kat tv tapi masih ada juga yang belum pernah dengar. Pb rasa pakej dia menarik terutama tentang umrah dan haji.

Berinfaq sambil berhubung :-

Satu sen akan diderma oleh Salamfone setiap kali anda hubungi nombor Salamfone yang lain.
Infaq dari Salamfone akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih dan akan diumumkan di radio IKIM dan suratkhabar terpilih.

Talian Hidayah :-
Membantu dengan khidmat rujukan agama.
Terdiri dari 3 servis >

Tele-Ustaz (khidmat nasihat agama)
Tele-Fatwa (rujukan fatwa)
Tele-Halal (direktori halal)

Tazkirah Jumaat Percuma :-

Menghantar sms percuma dengan pelbagai pengisian topik keagamaan sebagai peringatan.

Raikan Hari Kebesaran Islam :-

Dapatkan peringatan dan bonus istimewa dari Salamfone pada setiap Hari Kebesaran Islam.

Dan ada banyak lagi kemudahan lain yang di sediakan selain daripada peluang menunaikan ibadah dengan hanya tambah nilai RM30 setiap bulan.

Hubby dan pb terpikat dengan Salamfone dan mungkin akan mewar-warkan pada seisi keluarga kami. Dalam pada berbincang dengan orang yang memperkenalkan kami pada Salamfone ini, pb berkenalan pula dengan isterinya, Kak Rose. Lemah lembut orangnya dan bila pb sebut nama pb, dia agak terkejut. Bukan apa, katanya sama macam kawan dia pb ni. Daripada nama sampai ke rupa......hehe....dalam dunia ni dah ramai rupa macam pb.

Borak punya borak, dia tanya apa pb buat? Dengan merendah diri pb jawab hanya 'memasak' dan serba sedikit bisnes kecil2an kuih frozen. Katanya, "orang Johor memang pandai masak".....pb cuma....ngeeeee....iye ke? Tapi pb setuju ambil pakej Salamfone ni bukan sebab pujian dia tu.

Siakap Kukus Sos tiram

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ikan ni pb masak 2 hari lepas tapi tak sempat nak upload gambar kat blog. Line celcom pun cekik darah beberapa hari ni. Nak tengok youtube laaaagi menyakitkan hati.

Ikan siakap area KK ni agak murah berbanding di Semenanjung. Ada banyak rupa ikan siakap disini. Ada yang gelap, yang bercorak cantik dan lain2 lagi. Ikan yang pb beli ni agak lain dari siakap yang biasa. Kelmarin pb goreng, macam tak berapa sedap pulak. Kali ni pb kukus.

Seekor ikan siakap
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
Seinci halia
Sebatang serai
Sesudu besar sos tiram
Perahan limau kasturi/lemon

Lumur ikan dengan sos tiram.
Bawang besar, bawang putih, halia dan serai di hiris halus dan taburkan atas ikan.
Perahkan limau atasnya.
Kukus sehingga masak.


hehe....terjungkit sirip ikan tu (nampak sgt puan blog tak buat kerja dgn kemas)

Hari shopping dan cuti masak, yeay!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Asyik terperap je 2 hari kat dapur, naik bosan pulak. Pagi minggu semalam, ajak hubby pergi Gaya Street. Cari apa yang patut untuk hari raya. Sebenarnya tak cari pun takpe, cuma ada kiriman dari adik ipar, nak brooch untuk mak dia.

Gaya Street memang seronok kalau duit banyak. Terutama pelancong, tak sah kalau tak pergi. Pb pergi dua tiga kedai je, malas la nak tengok yang lain-lain tu, tak pasal2 rabak poket hubby nanti.

perasan tak? pb suka sangat pakai baju tu.......hehe...tu sekotak brooch untuk adik ipar

hubby dengan teman baiknya yang sedang di rundung sedih, kereta dilanggar orang semalam, kesian dia....

Barang takde la banyak belinya, hubby ada sikit perbincangan dengan kawan dia. Pb cuma jadi pendengar dan pak pacak. Nak lepak restoran tak boleh, terpaksa berbincang tepi-tepi jalan gitu.

Bila hari Ahad, mood memasak pun agak kurang. Hati dah melayang jauh nak buka di Kenny Rogers. Kali ni bukan permintaan si anak tapi idaman hati si ibu.....hehe.....
Ayam Balinese hidangan promosi ketika Ramadhan, kalau lagi empok, laaaagi sedap! pb tak nak nasi, sebab ini pun kira dah banyak ni....


Hubby jeles, dia nak juga macam bini dia punya tapi ada nasi, biasalah orang lelaki mana boleh tak makan nasi kan?
Anak pb order lain sikit, apa ye.....lupa la pulak.....air semuanya air gas. Pb sorang je tak refill air sebab memang kurang suka air gas. Sekali sekala ok la...

Susahnya bila makan diluar ni nak terkejar2 cari bilik solat. Orang ramai pula tu. Mungkin kali ni saje kami berbuka di luar, aktiviti yang jarang kami lakukan di bulan Ramadhan. Lebih suka berbuka dirumah dan anak pb kata, "lagi best ibu yang masak daripada makan kat Kenny!". Huhu....macam tak percaya je dia kata ibu masak lebih sedap.


nota pb: sekali sekala makan luar dapat mengeratkan hubungan keluarga...

Popiah Goreng Bercili

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam sejahtera semua, ni masakan dah dua hari lepas pb buat. Takde kesempatan nak update dari semalam sebab ada tempahan rendang ayam dan asam pedas dari kawan hubby. Bertungkus lumus kat dapur dari pagi sampai petang. Sudahnya hidangan kami hanya simple2 je. Sempat keluar ke bazar ramadhan sekitar kem askar yang berdekatan tapi dah kehabisan lauk. Pb bukan nak apa, cari lauk tambahan sebab adik ipar datang berbuka kat rumah. Pusing sana sini, semua dah habis. Tinggal air je, dapatkan jugalah yang pb idamkan. Air tebu dan air kelapa. Sementara cari 'sayap ayam bakar' (kita biasa panggil kepak ayam) untuk Aziz, azan pun dah berbunyi. Berbuka dalam kereta sambil tunggu ayam bakar.

Resipi ni pb ambil dari Recipe.cari.com.my dan hasil perkongsian daripada Puan Hanieliza. Selalu pb melepak kat cari.com ni, tapi jarang pula tengok ruangan resipi. Kebetulan masuk situ, jumpa pula dengan resipi yang tak pernah pb buat. Selalu tengok kat pasar malam. Ingatkan susah, rupanya.......hemm...pejam mata pun boleh balut popia tu.....hehe...berlagak ek? Biasa orang panggil popia ke popiah? Macam lebih sedap sebut popia, kan?

Ok, pb copy paste je la dari sana......kalau nak lebih jelas tengok kat SINI.

 Bahan 
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hunung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengakna dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

CILI
Bahan

2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak
garam
bijan [jika suka]

Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.


Selamat mencuba!!


hehe...menyelerakan tak? lepas goreng salut sambal, krup krap bunyinya bila di kunyah!




Semalam pun pb buat lagi tapi bukan untuk sendiri, tempahan dari kawan hubby.

Aduhai anak!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni pb dapat mengadap komputer agak awal sedikit, 10 pagi. Biasanya lebih hubby pergi sekolah baru dapat duduk kat sini. Ini pun tak lama, kerja banyak menanti. Biasalah kan, nama pun surirumah. Seronok je pb tengok kawan-kawan yang berkerjaya. Kadang-kadang rasa rendah diri juga bila berdepan dengan mereka yang berjawatan. Orang pergi pejabat, kita pergi pasar cari ikan dan sayur. Orang pakai kasut tinggi dan mahal, kita pakai selipar je, orang pakai handbag mahal, kita pakai shopping bag je..........tapi pb tetap bahagia, bukan nak merungut. Cuma kekadang tu rasa seperti diri ini tak punya apa-apa bila tidak berkerjaya.

Entry masak memasak belum lagi. Bulan puasa ni tak boleh masak lebih sangat, takut membazir. Dalam peti ais tu pun masih ada lagi saki baki puding, kuih dll yang tak habis. Lepas berbuka, sembahyang maghrib dan terawih, perut tak boleh nak isi lagi. Hanya boleh masuk air je........tu yang pb tengok cermin, macam susut je badan ni? eh...iye ke? tak cayelah.......(biasanya susah nak susut, tu yg tak percaya tu)

Nak cerita pasal berbuka semalam. Pb memang dah siap masak sebelum pukul 6 ptg, buka puasa pukul 6.32 ptg semalam. Sementara menunggu tu, pb layan cerita Ketika Cinta Bertasbih kat tv sambil jahit felt hingga tak sedar azan dah berkumandang. Maka, kelam kabut la kami bertiga, apa taknya........air tak letak ais lagi, nasi belum ceduk, begitu juga lauk pauk belum masuk mangkok. Pb biasa hidang bila nak makan, taknak sejuk2.

Si Aziz pula agak gelojoh tuang air bandung dalam gelas dia, jug tu berat. Terjadilah kejadian tumpahan air bandung hampir satu jug atas meja makan kami. Melempah ruah sampai ke bawah meja. Naik melekit simen sebab air manis tumpah. Mood nak makan pun terbantut dibuatnya. Buat kerja la pulak, mengemop lantai, mengelap meja dan kerusi, basuh tudung saji. Nasib baik angin ayah dengan ibu baik masa tu........kena bebel je.....

Anak-anak sekarang kadang kala tak dengar kata. Lain disuruh, lain yang dibuatnya. Kehendak ibu dan bapa jadi nombor dua. Inilah yang pb leterkan setiap hari. Selalu juga pb ingatkan, banyak berdoa di bulan Ramadhan ini terutama ketika hampir waktu berbuka.

nota: terdengar juga di cuping telinga ini doanya, "Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh,
mendengar kata ibu dan ayah"

cukup terharu kalau anak ingat pesanan pb.........

Sakit tulang rusuk? huh! alasan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Beberapa hari ni pb agak sibuk dengan tempahan kuih frozen. Hari ni dah selesai, tinggal nak hantar esok pagi. Business kecil2an pun dah meletihkan tambah pula berpuasa. Cuaca masih terik walaupun keadaan seolah2 mendung. Rumah pb ni ada aircon tak sampai ke dapur.....hehe....dalam bilik je. Kalau nak rasa sejuk macam aircon, pb buka petiais, ngadap kat situ pun dah cukup melegakan.

Semmalam pb tak pergi terawih, malam ni pun tak dapat sebab hubby kata kalau letih jangan pergi. Jangan paksa diri. Jadi pb fikir, dari siang tadi (pukul 3.30 pagi hingga entry ni di catit) pb belum rihatkan badan. Pergi esok kot.

Lepas maghrib kami bertiga berlumba2 mengaji (bukan la nak kejar sangat siapa yang boleh habiskan alQuran) sebab bila dah balik kampung, tentu banyak tugasan lain. Tugasan? ye la......shopping, nak makan tu, nak cari barang lagi dan macam-macam tujuan. Cuti cuma seminggu tapi nak beraya di dua negeri.

Anak pb, lepas habis satu mukasurat mengaji, dia tanya, "ibu pergi terawih tak?"
Pb kata "tak kot sebab ayah suruh ibu rihat dulu malam ni"
"Boleh tak kalau Aziz tak pergi malam ni?"
"kenapa pulak?
"Aziz sakit TULANG RUSUK la hari ni....." sambil buat muka sakit.....(auta la tu....taknak ikut ayah dia)

"Boleh........dengan syarat kena mengaji tiga mukasurat, sebab tak pergi terawih satu mukasurat dan cover untuk esok, satu mukasurat!"
Dengan muka ceria dia jawab..."okey!"

Budak2 sekarang, macam2 alasan dia orang fikirkan untuk mengelak dari satu2 pekara yang kita suruh.

Terawih dengan bunyi mercun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

 gambar ehsan Google


Entry pagi yang dah kering idea ni.......
Semalam pb cuti masak, nak siapkan tempahan pencil case dari kawan2 Aziz. Seronok bukan kepalang kalau dapat cuti dari memasak. Tapi tak siap-siap juga kerja pb tu.......apa taknya, kejap baring, kejap tengok tv, kejap keluar beli barang.......menyambung hari Isnin agaknya baru selesai.

Kalau dah tak masak, malam.... tentulah tak penat kan.......kenalah pergi terawih...hari jumaat dah cuti sehari. Letih sangat....

Malam tadi tak berapa ramai kanak-kanak. Pb tengok kat meja luar pun tak banyak hidangan 'moreh', agaknya ramai pergi shopping baju raya kot? Takpelah, pb ingat Ahad ni nak bawa sikit makanan ke masjid. Nak buat apa, tak tau lagi.......pengat pisang ok kot.

Pb hairan la budak-budak sekarang. Pergi sembahyang terawih bawa mercun ke? Parent dia orang tak tau kot anak-anak bawa mercun ke masjid. Tengah-tengah solat terawih malam tadi, boleh dia orang letup mercun. Nasib baik pb tak tersebut "oo..mak engkau!!" masa solat tu......pb rasa mesti ada mak2 orang yang terkejut. Kalau nak main pun jangan la dalam kawasan masjid sayang oii. Nanti kalau di marah, kata orang tua ni membebel la, garang la.......lagi pun main mercun tu bahaya. Tak baca suratkhabar? Ada yang putus jari, buta mata.....haa...kalau putus kepala? Langsong tak nampak apa-apa, jalan terus ke alam barzakh.

Anak pb memang tak dibenarkan main mercun jika tidak bersama orang yang lebih tua. Dari kecil juga pb selalu awasi dia samada bermain mancis, pisau atau gunting. Kata orang, kanak-kanak yang suka bermain api ni, tanda-tanda anak yang akan membesar sebagai orang yang bermasalah.

Sepatutnya kita larang mereka dari kecil lagi jika kita sayangkan anak kita. Ada kajian mengatakan anak-anak yang sebegini memang suka membuat orang terkejut, terganggu dan mereka rasa puas hati. Sedangkan ini tidak baik untuk perkembangan mereka.

Anak-anak tidak faham kenapa kita melarangnya jika hanya dengan perkataan 'JANGAN'. Kena jelaskan apa akibatnya dan sebab dilarang kerana kita sayangkan mereka. Awasi mereka di usia kanak-kanak kerana bila dah remaja, agak sukar menanganinya. Bila tapak tangan dia lebih besar dari kita, tenaga lebih kuat dari kita, suara lebih tinggi dari kita dan ketika itu tiada apa lagi yang boleh kita lakukan. Hanya berdoa, moga-moga dijauhkan dari segala godaan syaitan.


nota pb: belum sebulan puasa dah ada yang hilang jari, ngerinya!!

SOTONG PERCIK LADA HITAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana keadaan terawih ditempat kawan2 blogger sekalian? Seronok tak? Malam tadi pb pergi agak terlewat sedikit, dapat barisan belakang (dekat dinding). Susah pula nak rukuk, orang depan pula kebelakang sangat. Bila bangun dari sujud, terkena punggung dia. Lucu la pulak, teringat masa umrah dulu. Orang sana kan bertubuh besar dah tentu telekungnya pun besar. Pb selalu 'diselubungi' dengan telekung mereka.....hehe.....begitu juga bila tahiyat akhir, kaki pb selalu kena tindeh tapi pb tak pernah marah. Kena banyak sabar.

Berbeza ditempat kita, saf selalu kosong dan mereka2 ni degil betul, taknak bergerak walau setapak pun. Pernah juga tempohari saf dibiarkan kosong ditengah2 kerana ada beg disitu. Hingga selesai sembahyang isyak, bila nak mula terawih, barulah tuannya masuk.

Sebenarnya pb nak update malam tadi, komputer dah on, gambar dah letak watermark. Mata ni pulak tak boleh tahan mengantuknya.

Ni lauk pb masak semalam petang. Masak simple2 je bulan puasa ni. Selera makan tidaklah membuak sangat, cuma teringin nak minum berbagai2 jenis air je.......alhamdulillah semalam ada juga hujan waktu pagi. Lama betul tak hujan.

SOTONG PERCIK LADA HITAM
sumber resipi dari majalah RASA
oleh Chef Mohd Nor Bin Hamzah & Chef Imran Ismail

Bahan perapan:

3 ekor sotong besar
5 gm halia (pb tak timbang pun, agak2 je)
20 gm bwg putih (dikisar)
100 gm bwg merah (dikisar)
1 btg serai (dikisar)
20 gm serbuk jintan putih
50 ml santan
Garam
Minyak secukupnya

Bahan Kuah:

150 ml santan
5 gm lada hitam di tumbok
15 gm kerisek
1 helai daun kunyit
20 gm cili boh ( kalau taknak guna cili boh boleh guna cili padi)
Gula secukup rasa
Garam

Cara memasak:

Cuci sotong hingga bersih.
Lumurkan sotong dengan halia, bawang putih, bawang merah, serai, serbuk jintan dan garam. Perap seketika.
Tuangkan sedikit minyak masak dan santan, panggang hingga masak.

Untuk kuahnya, masukkan santan, lada hitam, kerisek, daun kunyit, cili boh, garam dan gula.
Kacau hingga mendidih dan pekat.
Letakkan sotong di atas pinggan hidangan.
Tuang kuah percik di atasnya.

sotong ni jenis yang tebal dan tak mudah kecut bila di bakar atau goreng.........tak macam yang satu jenis lagi tu...

Kalau suka kuah percik warna putih, tak perlu guna cili kisar tu......

Sebenarnya pb tak berapa suka dengan sotong, ntah kenapa macam muak pula. Mungkin sebab dulu2 pb selalu tolong mak kat restoran, sekali siang bukan sekilo. Tu yang jadi tak berapa suka, tapi kalau orang lain yang masak, confirm pb makan.....hehe...

Suka belajar dari mereka..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb nak cerita ringkas je.....perasan tak perubahan pada blog pb? Itu semua pb belajar dari Sunah suka Sakura dot com. Mudah dan tak pening kepala nak faham apa yang ditulis oleh puan blog.

Pb letakkan blog list dalam kotak scroll. Tak banyak pakai ruang dan nampak kemas sikit. Kalau ada sesiapa nak belajar, boleh la lawat blog dia. Ada keterangan dan cara-cara nak edit template.

Satu lagi pb suka lepak kat Teknik Buat Blog. Rajin dengan malas je........semua ada diajar kat sana, cuma masa kekadang tak mengizinkan lepak lama kat situ.
Sebenarnya ada ramai lagi blog2 yang rajin tunjuk ajar. Nanti pb bgtau bila free...

Ok setakat ni dulu update. Sedang kukus serimuka tu.......gas abis la pulak....nasib la kalau jadi...

Puding Roti Marble

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni balik dari terawih awal sikit, pak imam baca laju, tak macam semalam, surah panjang-panjang. Bukan apa, kalau suasana masjid berhawa dingin, takpe........ni cuma kipas je....tapi tak panas mana pun. Masih berangin juga, mungkin sebab kedudukkan masjid di tepi laut.

Cuaca panas betul sekarang ni, rasa kering tekak sepanjang masa. Kesian tengok anak pb tu bila balik sekolah, melepek tepi pintu rumah dengan beg yang berat. Setakat ni dia tak merungut, alhamdulillah. Cuma kekadang dia merungut ada kawan-kawan makan depan dia dengan alasan tak larat puasa, tak niatlah, tak bangun sahor la.......pb cuma nasihatkan dia, itu semua dugaan samada iman dia kuat atau tidak. Disebabkan dia dah dilatih puasa seawal 5 tahun, tak jadi masalah pada dia.

Panas-panas ni nak makan makanan yang manis dan sejuk, betul tak? Kebetulan bahan pun ada, cuma masa melapis tu tak berapa nak pandai.....hehe.....bagaimanapun puding ni sedap sangat!!
Terima kasih kat http://www.myresipi.com/ dan resipinya dari adik kita yang sekarang ntah kenapa senyap je blognya....HaNa's Family

Minta kebenaran letak resipi untuk rujukan pb dimasa akan datang ye!

PUDING ROTI MARBLE

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
  3. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, matikan api.
  5. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!(yang ni pb bancuh koko dengan sedikit air dulu baru masuk dalam adunan agar2)
  6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  7. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 


adoiii.....tersopak sikit masa keluarkan dari acuan, telan air lior, sebab belum buka puasa lagi masa tu..


Gambar malas nak edit bagai, tambah pulak sekarang tak banyak masa depan komputer. Mana yang baru follow blog ni, pb ucapkan ribuan terima kasih. Ada kesempatan pasti pb pergi blog korang.

Kisah malam terawih....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rabu.....mesti ramai blogger join 'wordless wednesday' kan? Tapi pb tak boleh la......rasa tak puas kalau sehari tak mencatit apa-apa kat blog.

Dah masuk hari ke tiga kita berpuasa. Dah 3 hari juga pb dan keluarga berterawih di mesjid berdekatan. Hari pertama tidak begitu ramai, mungkin sebab tak pasti puasa ke tidak. Lepas sembahyang isyak berjemaah, punya la lama menunggu pak imam nak mulakan terawih.

Masjid yang pb pergi ni bersebelahan je dengan Balai Cerap tempat meneropong anak bulan. Mungkin pak imam nak pastikan betul-betul (dengar pengumuman di radio/tv kot), itu yang lambat.

Ramai para jemaah membawa anak masing-masing ketika bersolat. Kalau takde orang jaga, memang kena bawa tapi yang pb tak setuju tu bila ruang solat di khaskan untuk anak-anak mereka. Siap bawa buku sekolah lagi dan mencuri ruang untuk mereka yang nak berjemaah. Seharusnya biarkan mereka di luar atau tak perlulah dibawa masuk sama ke ruang solat. Di laman masjid ada tempat untuk anak-anak itu duduk atau baring. Tak perlu risau anak hilang kalau ada adik beradik lain boleh tengokkan.

Hari ke tiga terawih, punyalah ramai orang. Paling ramai budak2 le......elok la bawa anak-anak ke masjid. Cuma budak-budak yang lingkungan umur 10 atau 11 tahun ni agak nakal sedikit. Ruang solat perempuan kan kecil dan di lindung oleh dinding cupboard yang agak goyah jika di langgar oleh mereka. Risau pb tengok, takut tumbang dan menghempap kami di belakang mereka.

Paling mereka suka bila lepas surah Alfatihah.......punya la panjang 'amin' tu........aaaaaminnnnnnn....agaknya terbuka luas mulut budak2 ni sebut amin. Agaknya kalau anak pb join, dia pun ikut sama.

Adik-adik, anak-anak sekalian........'Amin' jangan di sebut panjang pada 'aaa nya tu'......pak imam kena bagi tazkirah ni.....kalau tak silap hanya 2 harakat je.

nak keluar kjp, nanti sambung....

Kuih Penyaram lembut atau kuih topi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sebenarnya dah lama sangat nak buat kuih ni. Selalu tengok kat pasar tamu macam senang je nak buat. Hubby pun suka sangat kuih ni, setakat 3 keping beli, dia sorang je makan.

Jadi pagi tadi pb pun menggodeh la kuih ni. Malas nak peram lama-lama. Buat untuk buka puasa. Berdebar2 jugak, takut melepek tak jadi. Talipon mak mertua tanya macam mana goreng kuih ni? Dia kata, kuih ni nampak senang tapi susah juga menggorengnya. Api kecik atau kurang minyak, konpem tak jadi.

Kat dapur tadi ada juga la dua tiga keping yang melepek je, tak nak naik. Bila dah tau caranya, baru sedap hati.
Ok, pb nak ucap terima kasih kat Hasue kerana kongsi resipi dia di blog. Ce tengok kat SINI dan pb minta izin copy paste kat blog pb ye......



Kuih Penyaram Lembut
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Orang Kelantan panggil kuih topi.

Bahan2:
  • 500g tepung gandum
  • 100g tepung beras
  • 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
  • 3/4 sudu teh garam
  • 500g gula apong/gula melaka
  • Minyak masak secukupnya
Cara2:
  1. Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Dalam bekas lain,bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
  3. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
  4. Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
  5. Tapis adunan dan perap semalaman.
  6. Panaskan 2/3 cawan minyak masak(guna api perlahan),ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. 
Pb buat separuh adunan je, kalau ikut resipi Hasue tu.......kenalah bagi jiran sebelah rumah. Tapi minggu ni pb belum lagi 'hulur menghulur' juadah kat jiran. Sebab jiran selalu takde bila hari kerja. Tunggu sabtu dan ahad kot ada kat rumah.....


Menjadi jugak la telinga keliling tu, yang mula2 goreng.......rata je....huhu...

Walaupun tengahnya tak naik tinggi, kira puas hati jugak ni......rasa dah sedap. Boleh cuba lagi lepas ni....terima kasih Hasue.

Telur Kukus Sri Rampai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dah lepas sehari kita berpuasa. Buka apa tadi? Pb macam biasa je, nasi dan lauk simple. Puasa-puasa ni soal makan tak berapa nak sangat. Paling diingini adalah air batu. Air pula bermacam jenis air nak minum. Hari ni pb dan keluarga buat air jus carrot, mangga dan lemon asam boi.

Sempat juga pb cuba resipi dari buku RASA oleh Chef Jasmin Mohd Zon. Tak pernah buat sebelum ni walaupun buku dah lama dalam simpanan.

TELUR KUKUS SRI RAMPAI

Bahan-bahan:

6 biji telur ayam (dipecahkan dan dipukul sebati dan bubuh garam) - pb hanya guna 3 biji sebab untuk 2 orang makan.
2 biji bawang merah (potong dadu)
2 biji cili merah (potong dadu)
2 biji tomato (dah habis stok, pb ganti dgn carrot potong dadu)
30 gm daun bawang (dihiris) - pb tak letak daun bawang sebab takde
100 gm isi udang dihiris kasar
Garam
Serbuk perasa
30 gm minyak masak

Caranya:

Masukkan ke semua bahan ke dalam telur yang dipukul serta gaulkan bahan sehingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan mengikut cita rasa sendiri (pb guna acuan lompang)
Sapukan minyak dan di kukus 15 atau 20 minit mengikut ketebalan bekas yang digunakan.
Setelah masak, boleh dihidang panas2 bersama nasi.
Sesuai untuk makan sahor.


Sebab takde acuan lain, terpaksalah pinjam acuan cik lompang tu........


Sape-sape yang tak suka makan telor yang di goreng, boleh la mencuba resipi ni.....